Saya cintakan dia sehingga akhir hayat saya

Daisypath Wedding tickers Daisypath Wedding tickers

Friday, November 06, 2009

208 hari :)

pentingnya sentuhan antara suami isteri.

hari nie aku tak update pasal kisah kawen aku tapi aku kreditkan kpd tv3 sbb bagi satu artikel nie utk dikongsi bersama sama.yang lom kawen,yang udah kawen,mari kita praktikkan bersama sama ya!

Bagi memastikan hubungan hubungan suami isteri yang erat dan segar sepanjang tempoh perkahwinan, adalah disarankan supaya sering membuat sentuhan terhadap pasangan masing-masing. Apabila sentuhan dilakukan ianya dapat menunjukan suami dan isteri masih mengambil berat disamping ianya adalah cara terbaik untuk menyatakan kasih sayang masing-masing.

Terdapat pelbagai cara sentuhan yang boleh dizahirkan, tidak kira samada berdua, bersama keluarga atau ke mana-mana mengikut keadaan yang bersesuaian. Sentuhan ini juga dapat menyatakan perasaan romantik masing-masing.

Ramai pasangan Melayu sukar untuk menunjukan reaksi kasih sayang masing-masing disebabkan bukan tabiat dalam budaya bangsa di samping perasaan ego dalam diri masing-masing..

Masih belum terlambat bagi pasangan suami isteri memulihkan hubungan renggang masing-masing. Mulakanlah dengan sentuhan secara lembut kerana sentuhan inilah dapat menerbitkan rasa cinta kepada pasangan.

Setiap kali menyentuh pasangan, sentuhlah dengan penuh kasih sayang dan juga perasaan ikhlas.

Tidak kiralah usia perkahwinan yang baru atau telah lama, masing-masing perlu menitikberatkan peranan sentuhan dan menjadikan ia budaya dalam keluarga agar dapat melahirkan keluarga yang rukun harmoni dengan pembesaran yang gembira.

Amalkanlah sentuhan untuk menyuburkan hubungan suami isteri

Tuesday, November 03, 2009

209 hari lagi :)

for this entry nak fokuskan tentang penjagaan luaran dan dalaman

untuk muka

utk muka,segala sabun pencuci,toner and krim malam and siang aku mmg guna produk ALISSA.this is form TERENGGANU,sangat tidak femes la sbb nya if g toko toko jamu mmg takde produk tue di pasaran



nie lah produknya.sangat sangat berkesan.kalo muka kita hitam berkilat bile pakai produk nie insyallah akan cerah.

nie cerita benar tau,dulu kulit muka aku kusam giler

dah la kusam hitam berkilat plak tue

orang selalu cakap aku anak mami

aku dah guna banyak produk tau alaisyah lah,clinelli lah mcm2 lagi la
still tak putih2

at last kawan aku dr UM kenalkan produk nie

dan skrang if aku balik kampung orang tak caya aku dah putih cerah gitu.tidakkah aku bervangga???oh sangattt meletopsss.hiks

harga utk set lengakp for trial rm 80 la lebih kurang

tapi if beli yang besar puas hati tahan 3 bulan sbb guna sikit2 jer tapi hasilnya mmg kedaboom!

orang pun tak tak cakap anak mami dah kat aku dan skrang aku dah tak pakai bedak for 1 year,bedak miammi kegemaran aku tue dah berkulat.kalo dak,sebulan habis licin aku belasah tonyoh muka aku.ha ha ha


mandian plak


aku telah diperkenalkan oleh sorang akak nie

dia bukak butik dekat tg malim nie

dia suggestkan aku beli aura seri

utk menjadi lebih berseri

so far ok la..

mandi sehari sekali aku letak dlm baldi guna tiga titik jer

pastue jgn lupa selawat dan berfikiran positif

alhamdulilah.if aku g kelas ada la yang cakap "ai,makin berseri la skrang"

tidakkah kami bervangga lagi??wahahaha


harga RM 68.terketar gak aku at first nak beli sbb kan mahal.pastue pk pk pk 40 kali gak la pk and terus amek.balik2 terus berdesup mandi lamo gilo kat bilik ayo.takpo lah eh,nak kawen punya pasai,den sanggup :P

mandian lain

aku guna produk PUTRI BINARI mandian spa SUSU BERAS.dah aku tak dapat nak g SPA,so aku beli dua set nie,mandian atau shower cream plus ngan LULUR sekali.

seminggu sekali aku sental habis habisan la kat tempat2 atau ruangan gelap :P

mmg bagus gak la sbb shower cream nie pekat macam susu.

aku try google but could not find gambar,so if nak senang p cari kat mydin harganya murah sajork RM 20.50.he he he

nak cantik tak di hari bahagia anda??if nak sape sape nak kawen sila lah grooming diri anda yer :P

feminine hygiene


tgk botol macam tak menarik jer kan?tapi meletop bile pakai :P tuang sket je pastue berangin giler.ha ha ha

dulu aku pakai yang nie tapi ada sorang senior aku suggest kan guna SIREHMAS dan skrang yang benda kat atas tue pun dah habis so aku dah beli pencuci vagina sirehmas.ok la gak.tuang sket je tapi buih manyak giler..selesa sepanjang hari :)


harga RM 19 tapi beli kat KL aku tawar dapat RM 17.jimat la kan...

utk supplemen ingat stat bulan satu nak try innershine pati prune.rase macam ok sbb dulu aku pnah try minum and ok la..berkesan.kulit mcm cantik la..

tapi skrang aku tgh diet guna HERBAL LIFE.mmg kena diet kalo tak macam tak cantik la nanti badan menggelembir kan?


tips kepada bakal pengantin: sama sama lah kita menyental diri kita supaya kita akan cantik dari luar dan dalam kan?setuju atau tidak?

Monday, November 02, 2009

lagi 210 hari :)


cerah giler dan kaler yang terang :)

bermaksud lagi 7 bulan.phew~~

persiapan

warna tema adalah : BIRU

plan asal mak aku minat gila kaler oren pastue cari punya cari baju kat kedah nie satu habuk pun tadak yang berkenan

semua bukan the latest design la..

at last, we changed the plan

BLUE color

dari kecit sampai besar mmg aku adobe BLUE pun

hi hi

so,balik raya cina nie terus mau fitting baju and aku akan bawak si tunang skali sbb kitaorg design baju baru...so aku nak buat design yang ada kain labuh so on that day kain kat belakang tue akan meleret habis..wah!!!tak dapat ku gambarkan...



cantik kan songket oren???tapikan..tunang aku cakap if kitaorg pakai oren maka kami ala ala keling..wahahaha..aku nie kulit tinted,tunang aku pun sama :P

aku nak yang design macam ala ala jubah atau kebaya modern tapi sarat dengan manik2 ala ala berlian pastue veil panjang serta kain yang berjuntai!perghhh..ai like T_T


aku nak VEIL sejibik desing mcm ni..nampak mewah tapi murah :P

kaler biru macam tue la lebih kurang atau aku akan pilih biru TURQOISE~~cantik tertarik dengan kaler tue.



nak kain macam ni,tapi baju tue kan kaler putih,aku just dream nak kain berjela macam tue,so senang korang paham.hiks

yang tangan tue aku tanak macam tue sbb rase macam sarat sangat,aku kan nak design jubah atau kebaya labuh moden,so macam nan sesuai kalo tangan cenggitu.

yang tangan aku nak macam nie,sebijik macam nie tapi idak lah jarang cenggitu.akan dilapik oleh sehelai kain lagi so macam auratku terjaga la..



dan aku nak jubah tue sebijik macam nie tapi in blue plus silver or white color.gosh!!!damn beautiful.i really adore this garment :)


alahai baju,kenapa kau cantik sangat *wink*

aku harap sangat sangat si pendesign tue dapat lah memenuhi citarasa aku yang akan bergelar RAJA SEHARI,sekali jer so i need to plan perfectly and to make my wedding seperti yang diplan.

BIRU tema di rumah aku


alahai baju...kenapalah kau sangat cantik??

di rumah tunang aku plak is HIJAU.yang tue tadak masalah sbb nye kami dah beli kain.aku beli 2 meter lace and 4 meter satin.so plan mmg nak buat baju kurung moden biasa aje.sbb tau lah kan kenduri kat KELANTAN is the very biasa.just for bertandang aja.so,aku plan nak design and hantar ke tailor bulan 1 nie.sbb if aku hantar bulan 2 aku risau sebab bulan 6 tue cuti sekolah dan musim mengawan pun banyak.ramai yang akan hantar baju ke tailor.so i need to sent it earlier than others ^_______^

satu satu entry akan menyusul tentang persiapan aku ok

7 bulan lagi

dah tinggal beberapa bulan sahaja lagi utk aku bergelar ISTERI kepada si Fahmi

setakat ini kehiduapan kami sangat sangat tenang

aku sangat sangat beryukur kerana si tunang sangat memahami

tiada lagi persengketaan antara kami

usai solat aku sentiasa berdoa agar jodoh kami dipermudahkan :) amin

oh ya

baru baru nie aku ada beli buku tentang perkahwinan

aku baru terpk yang kita sibuk2 nak buat persiapan kawen tapi ilmu di dada masih kurang

so aku sempat membeli 3 buah buku yang sangat2 bermanfaat pada aku

antaranya :
-panduan membentuk istana bahagia ditulis oleh Haanah Che Ismail

-501 soal jawab tentang perkahwinan oleh Zawiyah Hassan dan Rohayati Bakri

-the last is membina rasa serasi by HM Tuah Iskandar

satu buku Tuah tue aku gendong ke kelas

lecturer lambat masuk aja aku isi masa senggang dengan membaca

i need to read lots

sbb untuk menjadi isteri idaman bukan senang

sangat sangat sukar dan aku perlukan lebihan pembacaan

cukup untuk 3 buku

target aku sebelum aku kawen aku nak habiskan 10 buah buku tentang ilmu rumahtangga

dan aku sangat sangat berharap

buktinya akan terhasil :)

cuba mencari identiti diri

tadi aku dah create email baru

cikgushalin@yahoo.com

smlm imtiaz,selaku ex-school mate aku buat kritikan membina tentang blog aku nie

dia cakap blog aku nie tak hit dan tak sehebat mana

yer la...

ada orang guna blog untuk urusan peribadi

ada juga nak buat isu politik

ada juga nak cerita aktiviti harian macam aku nie

si im cakap if aku tulis catatan harian aku

macam membosankan...

kamera pulak tak ada

ada bersama dengan encik tunang

sbb tertinggal dalam dash box dia hari tue

adeh ^-^

so...aku fikir lah...

nak bagi nafas baru kat blog aku

sbb nya aku pun dah mual membebel pasal urusan seharian aku di sini

so aku pk punya pk

aku nak bahagikan dua bahagian blog aku nie

satu tentang dpli di upsi

dan satu lagi tentang update perkahwinan

so..isu ada di situ

harap2 akan menjadi sbb aku suka nau membebel ttg kisah idup aku.hiks

ok

mulai skrang

its turn to begin a new chapter of my blog

with a fresh skin from me and i want to create a new entry

nantikan....

Sunday, November 01, 2009

aku kembali

erm...

lama aku menyepi

bukan tak bukak blog aku nie

tapi idea kering kontang

member aku cadangkan aku bagi nafas baru yang segar utk blog aku

tapi how??

nak create sesuatu yang baru but how?

pasal perkahwinan,for sure aku akan teruja but many bloggers had done it

pasal dpli?i can but for the next year dah habis cohort for dpli

so hows??

any suggestions?

Thursday, October 15, 2009

belajar meng"edit"


for the firs time, i learnt how to use photoshop.it's not too difficult.my housemate thought me how to edit pictures and esok aku akan ada kuiz and lecturer akan bagi maks on the spot,so i need to stay up t learn from the beginning :) i learnt a lot and once ai dah terjebak,maka hasilnya banyak lah gambar yang perlu ai edit kan?


kesemua mereka ini sangat sangat memahami saya.saya sangat sangat sayangkan mereka


for the first time,my ayah wore baju melayu with trousers.he looked so happy on that day,sayang ayah :)



yang berbaju kelabu itu adalah kawan baik saya dunia dan akhirat :) she's the one who understand me



aku budak baru belajar,so macam so so tak ok and ok...hu hu hu

as a new learner, kira ok lah kan?orang cakap stepping stone towards the expertise gitu...